Sunday, November 17, 2013

Salmon Steak With Lemon Sauce




Bahan2 perapan ( letak suka hati byk mana ) :
~ Serbuk lada hitam
~ Serbuk lada putih
~ garam
~ mixed herbs brand mccormick
~ daun rosemary
 
 
Cara2nya :
~ Perapkan salmon dgn semua rempah2 di atas.. panaskan sedikit olive oil dalam non stick pan.. guna api yg kecik je.. masukkan salmon yg di perap tadi.. perap takyah lama2.. 5 minit cukup..
 
Pastu masak la sampai agak2 ikan tu dah masak.. masak salmon ni tak perlu lama2 sbb nanti isi ikan dia jadi keras.. so pandai2 agak ye.. jgn lupa balik2kan ikan tu setiap beberapa minit.. kang hangus sebelah je kang mau kena gelak dgn ahli keluarga kang.. hehehe..
 
Dah masak sila letak atas pinggan yg sesuai.. sukahati korang le nak taruk dalam pinggan apa.. jgn taruk dalam cawan sudah.. tampo kang..
 
 
Resepi Sos Lemon :
 
Bahan2 yg di perlukan ialah :
~ setengah biji bawang holland.. di potong dadu
~ satu sudu besar tepung gandum
~ 3 sudu besar butter
~ sebiji lemon di basuh dan hiris menjadi 4 kepingan
~ susu 200ml ataupun byk mana sos yg korang nak
~ garam secukup rasa
~serbuk mixed herbs
 
 
Cara2nya (guna non stick pan ) :
 
~ dgn api yg kecik, masukkan butter, bawang holland.. kacau agak2 layu sedikit..
 
~ kemudian terus masukkan tepung gandum.. kacau2 sampai sebati..
 
~ agak2 tepung dah sebati, terus je tuang susu.. kacau lagi.. kalau boleh guna whisker supaya senang nak sebatikan semua bahan..
 
~ akhir sekali masukkan lemon, serbuk mixed herbs dan garam.. perasakan sampai cukup rasa garamnya.. jgn masin sgt, sekeh kang kalo masak masin2..
 
~ Masak sampai sos tu macam nak jadi pekat.. korang agak2 sendiri ye camne nak tau dia dah pekat ke tak.. sentiasa kacau je tau.. bila dah siap terus tuang atas salmon tadi.. siappppp... senang aje kannn..


Resipi adapted from : http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2013/01/resepi-salmon-steak-with-lemon-sauce.html

Thursday, October 31, 2013

Strawberry oreo cheesecake.

Sejak dua menjak ni macam giler untuk try cheesecake..
Ini semua pengaruh kawan2
Seminggu skali buat cheesecake..
Try and error jer keje kami..
Dan paling best aku dapat jd penguji rasa setiap cake yang terhasil..
Ini resipi basic yang kitorg try..
Tapi lpas tu kitorg buat adjustment ikut kesesuaian ..
Sampai skarang kitorg blum lg dpt resipi yang tepat..
Later nnt aku update kalau resipi yg tepat berjaya di temui ok!

Base
Oreo 2 pack biscuit only. 
Butter

Mix it together well
Press the dough into a pie bottom
Put freezer for about 10 min

Cheesecake
1 packet strawberry jelly or jam or topping
300 gm cream cheese
1 teaspoon vanilla extract
3 cup whipped cream or 1 pack thick cream
1 and half cup of sugar
Some strawberries

Method
Put cream cheese fluffy with sugar and vanilla

Add strawberry topping, jelly or jam

Whipped the cream

Pour the jelly & whip onto cream cheese mix

Mix well
Put some strawberries at the base of oreo base
Add cream cheese mix
Put into freezer until it set.



Notakakicagu:

Aku tukar thick cream tu jd 2 kotak kecik sebab the first trial tu cream cheese mix tu jd lembik sgt..
Tp still x memuaskan hati lagi..
Next trial aku nak try tukar cream and buh gelatin plak..
Kita tgk kang apa jadi ngan kek tu kang..hehe

Wednesday, October 23, 2013

mashed potato

mashed potato767
bahan2:

2 biji potato/kentang
2 sudu butter
sedikit susu suam
sedikit garam

kupas kentang.. potong ikut suke.. rebus sampai empuk.. kalau tak mau kupas dulu pun takpe.. rebus je sebijik2 tu.. kemudian baru kupas.. dah tu.. toskan.. lenyek sampai lumat.. gaulkan butter tengah kentang tu panas2.. bubuh garam sket.. then bubuh susu suam.. kacau sebati.. settle..


gravy

bahan2:

daging cincang
sket butter 
sket kiub ayam
3 sudu tepung gandum
black pepper
oregano n da gang

panaskan pan.. letak minyak sket.. bubuh daging cincang.. matikan air daging tu.. letak le sket oregano n da geng kalau nak.. ketepikan jap.. selalu aku tak bubuh daging pun.. ni saje je.. konon nak biar ada protein sket.. ekeke..

pastu bubuh butter dalam pan tadi.. bile butter tu dah cair.. bubuh tepung gandum.... kacau2.. curahkan sket air.. letak la black pepper ikut suke.. letak sket kiub pati ayam.. masukkan daging cincang tadi.. kacau2.. letak garam n gula secukup rasa.. 

recipes from : http://ketoombar.blogspot.com/

Lemon Strawberry Fizz



U can use 7up lemon n lime
or

Diet 7 up..0 calories
to
make
Lemon Strawberry Fizz
nape?
tak percaya?

This is mine...


Lady finggers

Resepi paling mudah
1. Dip lady finggers in 7up..choose which one u like da most..
2. Put in a cup/ bowl.
3. Mix 1/2 (125g) cream cheese with 3 tbs of icing sugar (add more if u want to), 1 tbs lemon juice and 1/4 cup whipping cream.
4. Make 3 layer, and put strawberries on top (i add 1tbs sugar).
5. Put in the fridge..

Monday, October 21, 2013

Resepi Kek Kukus Hati Pari (Kek tradisional Sarawak).

Kek Hati Pari adalah salah satu kek tradisional Sarawak yang lazat. Bahan-bahannya mudah tetapi penyediaannya makan masa.

Bahan-bahan:
9 gelas tepung gandum 
3 sdt soda bikarbonat 
600 g kismis hitam 
16 oz mentega
½ tin susu pekat manis
6 biji telur gred A 
4 biji kuning telur gred A
8 sb gula hitam/brown sugar 
4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas) 

Cara Penyediaan: 

Panaskan pengukus. Gris loyang kek 9” dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung.

Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.

Hiris halus atau tumbuk kismis hitam. Ambil segelas tepung gandum yang telah diayak dan gaul bersama kismis. Ketepikan. 

Masukkan mentega dan susu ke dalam mangkuk adunan, putar sehingga putih. Ketepikan.

Masukkan telur, kuning telur dan gula ke dalam mangkuk adunan lain, putar hingga kembang dan berkrim. 

Satukan kedua-dua adunan yang telah diputar dan putar bersama sehingga sebati. 

Masukkan baki tepung (8 gelas) ke dalam adunan yang telah sebati dan gaul hingga mesra.

Masukkan gula hitam/brown sugar dan gaul lagi hingga sebati. 

Akhir sekali, masukkan kismis yang telahh digaul tepung dan gaul lagi hingga rata. 

Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah digris dan tutup kemas dgn kerajang aluminium (untuk elakkan air kukusan masuk ke dalam kek).
Masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus selama 8 jam dengan api sederhana. 

Periksa pengukus setiap sejam. Tambahkan air panas/air suam pada kukusan jika air berkurangan. 

Untuk kek tahan lebih lama, bakar kek selama 10-15 minit pada suhu 170C. 

Sejukkan kek sebelum dihidangkan.

adapted from : 
http://www.resepi4u.com

Hello Bello..

most people blog about recipes to share their recipes and cooking skills with friends and family..
but me...
I blog about recipes for myself.. for my reference..as i'm a clumsy cook..
Hope this blog will encourage me to cook more often..  (and better! -_-' )
=)

p/s:
Photos of certain recipes will be attached after i've tried them k..haha