Sunday, November 17, 2013

Salmon Steak With Lemon Sauce




Bahan2 perapan ( letak suka hati byk mana ) :
~ Serbuk lada hitam
~ Serbuk lada putih
~ garam
~ mixed herbs brand mccormick
~ daun rosemary
 
 
Cara2nya :
~ Perapkan salmon dgn semua rempah2 di atas.. panaskan sedikit olive oil dalam non stick pan.. guna api yg kecik je.. masukkan salmon yg di perap tadi.. perap takyah lama2.. 5 minit cukup..
 
Pastu masak la sampai agak2 ikan tu dah masak.. masak salmon ni tak perlu lama2 sbb nanti isi ikan dia jadi keras.. so pandai2 agak ye.. jgn lupa balik2kan ikan tu setiap beberapa minit.. kang hangus sebelah je kang mau kena gelak dgn ahli keluarga kang.. hehehe..
 
Dah masak sila letak atas pinggan yg sesuai.. sukahati korang le nak taruk dalam pinggan apa.. jgn taruk dalam cawan sudah.. tampo kang..
 
 
Resepi Sos Lemon :
 
Bahan2 yg di perlukan ialah :
~ setengah biji bawang holland.. di potong dadu
~ satu sudu besar tepung gandum
~ 3 sudu besar butter
~ sebiji lemon di basuh dan hiris menjadi 4 kepingan
~ susu 200ml ataupun byk mana sos yg korang nak
~ garam secukup rasa
~serbuk mixed herbs
 
 
Cara2nya (guna non stick pan ) :
 
~ dgn api yg kecik, masukkan butter, bawang holland.. kacau agak2 layu sedikit..
 
~ kemudian terus masukkan tepung gandum.. kacau2 sampai sebati..
 
~ agak2 tepung dah sebati, terus je tuang susu.. kacau lagi.. kalau boleh guna whisker supaya senang nak sebatikan semua bahan..
 
~ akhir sekali masukkan lemon, serbuk mixed herbs dan garam.. perasakan sampai cukup rasa garamnya.. jgn masin sgt, sekeh kang kalo masak masin2..
 
~ Masak sampai sos tu macam nak jadi pekat.. korang agak2 sendiri ye camne nak tau dia dah pekat ke tak.. sentiasa kacau je tau.. bila dah siap terus tuang atas salmon tadi.. siappppp... senang aje kannn..


Resipi adapted from : http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2013/01/resepi-salmon-steak-with-lemon-sauce.html