Monday, January 13, 2014

Manggo tango ice cream


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 2 biji buah Mangga Alphonso (atau lain2 jenis)
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 cawan susu segar
  • 200 ml krim segar
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Sedikit daun pudina untuk hiasan

Cara-cara

  1. Kupas kulit buah mangga, kemudian ambil isinya sahaja. Masukkan ke dalam mesin pengisar(blenderlah ni)
  2. Tambah gula ke dalam mangga dan kisar sehingga menjadi puri sekitar 3 minit
  3. Seterusnya masukkan bahan2 lain; susu segar, krim segar dan susu pekat manis, kisar kesemua bahan sehingga sebati.(Adunan jadi pekat berkrim)
  4. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas berpenutup plastik yang rendah (shallow container) dan masukkan ke dalam peti sejuk, untuk dibekukan selama sekurang2nya 5 jam.
  5. Setelah 5 jam, keluarkan semula aiskrim yang telah beku tadi dan ulang proses mengisar untuk lebih manghaluskan aiskrim tadi selama 3 minit.
  6. Selepas itu, tuangkan semula adunan ke dalam bekas asal dan bekukan semula selama kurang lebih 4 jam.
  7. Selepas 4 jam, aiskrim telah sedia untuk di makan dan boleh dihiasi dengan daun pudina.
  8. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment