Friday, April 11, 2014

kek cheese leleh

by Diyana Hani


Bahan-bahan : 

6 biji telur - buang 2 biji telur putih 
100 gram gula kastor 
100 gram tepung superfine / tepung gandum 
60 gram tepung jagung
50 ml air sejuk - dari peti ais atau air paip 
1 sudu teh baking powder 
 2 sudu besar ovallete 
75 gram mentega - cairkan. 

Cara-cara : 

1. Sebelum memulakan apa-apa proses membua kek.  
Kita boleh mencairkan mentega dan biarkan ia sejuk.
2. Putar telur dengan gula sehingga kembang.
 Masukkan tepung jagung dan dan di ikuti dengan tepung superfine. 
Selepas itu masukkan ovalette,air paip dan mentega yang telah dicairkan tadi. 
Masukkan perisa mengikut citarasa.  
(Sambil masukkan bahan tersebut,sambil putar dengan mixer)
3. Putar lagi sehingga sebati dan pekat. 
4. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 150'C. 
 Apabila sudah masak, terus terbalikkan kek tersebut dan biarkan ianya sejuk.  
   
Krim Cheese :  

250 g cream cheese 
1/2 tin susu pekat manis 
 Cara : satukan kedua-dua bahan dan putar  
sehingga adunan licin dan tidak berketul. 

Untuk toping :    

1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut 
Potong kek kepada 2 bahagian.- Lapisan tengah sapukan krim cheese dan 
 yang atas sekali taburkan cheddar cheese


No comments:

Post a Comment