Thursday, April 10, 2014

STEAMED MOIST CHOCOLATE CAKE

By rahel

STEAMED MOIST CHOCOLATE CAKE
Zubaidah Bt Chepa

Bahan A:(loyang bulat 8 inci)
100g serbuk koko
250g gula pasir
1 tin susu cair (400g)
200g minyak masak
250g susu pekat manis

Bahan B:
150g tepung gandum     )
1 tsp soda bikarbonat   ) diayak
1 tsp serbuk penaik       )
4 biji telur B

Cara-cara:
1.Campurkan bahan A,kecuali serbuk koko dan kacau sebati.
2.Masak atas api seketika.
3.Di bekas yang berasingan pukul telur dan curahkan ke dalam adunan A.
4.Akhir sekali masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak.
5.Guna mixer dengan slow speed dan kacau sehingga tepung tak bergentel.(sekejap sahaja)
6.Kukus dalam loyang yang sudah digris selama 60-80 minit.

Catatan:
Balut tudung periuk ketika mengukus kek
Cucuk kek dg lidi,jika lidi keluar bersih maknanya kek dah masak sepenuhnya.
Setelah kek masak biarkan selama 10-15 minit kemudian lorek tepi kek dg spatula &
tanggalkan dari loyang.Biar kek betul2 sejuk baru potong kepada 3 lapisan.

Cream Cheese
Sumber:Kak Nor 

250g cream cheese
500g fresh cream
60g gula icing
100g unsalted butter
2 titik lemon paste,jika suka

Cara-cara:
Pukul fresh cream hingga kental.Ketepikan.
Dalam bekas lain,pukul krim keju bersama semua bahan lain sehingga berkrim.
Satukan fresh cream bersama krim keju,gaul sebati,boleh juga pukul dengan mixer dengan
kelajuan perlahan.

Penyelesaian:
Ambil sekeping kek,letak atas papan kek.Letak krim,kemudian tompok satu keping kek lagi
kemudian letak krim,kemudian tompok satu keping kek lagi kemudian letak krim pada
seluruh permukaan kek.Simpan kek dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum curah ganache.

Ganache Coklat
Sumber 1:Chef Amer Hamsah
             2:Azlita aziz 

Bahan-bahan:
300g krim tenusu-whipping cream
30g sirap glukos
500g coklat gelap-hiris halus
20g butter

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yang berisi coklat gelap.
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
Tambahkan butter.
Kacau hingga adunan licin dan berkilat.
Tuangkan atas kek yang telah disapu dengan krim tadi.
Tuang ketika adunan masih cair dan licin untk mendapatkan permukaan yang licin
 Dan cantik

No comments:

Post a Comment